Realme 2 Pro Yang Dioperasikan Dengan Android 9.0 Pie Buat Kemunculan Di Geekbench Comments Off on Realme 2 Pro Yang Dioperasikan Dengan Android 9.0 Pie Buat Kemunculan Di Geekbench

Realme merupakan jenama baru yang telah membuat kemunculan sulungnya di Malaysia pada awal November yang lalu dengan pelancaran tiga model pertamanya iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1. Kombinasi antara harga jualan yang kompetitif dan juga sokongan spesifikasi yang baik telah berjaya menarik perhatian banyak pihak.

Berdasarkan pendedahan yang diperolehi daripada pangkalan data ujian penanda aras popular Geekbench, model Realme 2 Pro kini dilaporkan sedang diuji dengan kemas kini baharu Android 9.0 Pie. Perkara ini telah disahkan berdasarkan nombor model yang digunakan iaitu ‘RMX1801’ yang merujuk untuk Realme 2 Pro.

Melalui keputusan yang diperolehi, Realme 2 Pro dengan sokongan Android 9.0 Pie itu telah mencatatkan skor single-core sebanyak 1453, manakala skor untuk multi-core pula mencatatkan sebanyak 5438. Pendedahan ini secara tidak langsung memberi petanda bahawa model yang dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 660 ini bakal menerima kemas kini tersebut pada masa akan datang.

Baca juga:

Realme Buat Kemunculan Pertama Di Malaysia Dengan Pelancaran Realme 2 Pro, Realme 2 Dan Realme C1

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend