Realme 2 Pro Mula Menerima Kemas Kini Baharu Dengan Penambahbaikan Kualiti Kamera Swafoto Comments Off on Realme 2 Pro Mula Menerima Kemas Kini Baharu Dengan Penambahbaikan Kualiti Kamera Swafoto

Selepas model Realme 2 dan Realme C1 menerima kemas kini rasmi, kini tiba pula giliran model Realme 2 Pro untuk menerima kemas kini ColorOS yang terbaharu. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Realme melalui akaun Twitter rasmi baru-baru ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada Malaysia turut menerima kemas kini ataupun tidak kerana kami tidak memiliki model ini untuk diperiksa.

Melalui kemas kini versi RMX1801EX_11.A.10_0100_201811100857, Realme 2 Pro akan menerima penambahbaikan pada sistem antaramuka ColorOS seperti berikut:

  • Sistem
    • Notifikasi boleh dipadam dengan hanya satu leretan
    • Paparan ikon fon telinga pada ruangan status bar
    • Mengoptimumkan peringatan untuk Developer Options dan Accessibility Mode
  • Kamera
    • Mengoptimumkan kualiti gambar yang diambil menggunakan kamera hadapan
  • Keselamatan
    • Sistem keselamatan Android untuk bulan November

Selain daripada penambahbaikan, kemas kini baharu ini turut dipercayai mengatasi isu bateri yang berpunca daripada aplikasi papan kekunci TouchPal. Menurut Realme, mereka turut melepaskan kemas kini baharu untuk aplikasi tersebut bagi memastikan penggunaan bateri yang lebih optimum.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend