Realme 2 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Skrin 6.3″, Snapdragon 660 Dan RAM 8GB Comments Off on Realme 2 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Skrin 6.3″, Snapdragon 660 Dan RAM 8GB

Selepas melancarkan model Realme 2 pada penghujung bulan Ogos yang lepas, Realme yang merupakan sub-jenama OPPO kini telah tampil dengan satu lagi model terbaharu keluarannya iaitu Realme 2 Pro.

Di dalam majlis pelancaran rasmi yang berlangsung di India, Realme 2 Pro telah menampilkan sokongan skrin FHD+ (2340 x 1080 piksel) IPS LCD berukuran 6.3 inci dengan rekaan takuk yang kecil. Apa yang lebih menariknya, Realme telah mendakwa bahawa Realme 2 Pro merupakan telefon pintar dengan sokongan nisbah skrin-ke-kerangka terbesar pernah diperkenalkan untuk segmen harganya.

Realme 2 Pro juga turut dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660, dioperasikan oleh antaramuka ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo, ruang storan sehingga 128GB, RAM mencecah 8GB, dwi kamera utama beresolusi 16MP (f/1.7) daripada Sony IMX398, kamera hadapan 16MP (f/2.0) dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh.

Akan mula dijual pada 11 Oktober nanti, Realme 2 Pro akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Blue Ocean, Black Sea dan juga Ice Lake. Berikut adalah harga jualan ketiga-tiga varian Realme 2 Pro untuk pasaran India:

  • 4GB + 64GB – Rs. 13,990 (kira-kira RM798)
  • 6GB + 64GB – Rs. 15,990 (kira-kira RM911)
  • 8GB + 128GB – Rs. 17,990 (kira-kira RM1,025)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend