Realme 2 Pro Diiktiraf ‘Produk Paling Laris’ di Shopee Pada 11.11 – 2,500 Unit Dalam Masa 3 Jam Comments Off on Realme 2 Pro Diiktiraf ‘Produk Paling Laris’ di Shopee Pada 11.11 – 2,500 Unit Dalam Masa 3 Jam

Kita sedia maklum peranti Realme 2 Pro yang diperkenalkan di Malaysia minggu lepas telah membuat penjualan pertamanya di Shopee semalam (11 November) dan Shopee juga telah dilantik sebagai penjual eksklusif di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, hari ini pihak Realme Malaysia telah mengumumkan dimana produk sulung mereka di negara ini telah menerima permintaan yang sangat tinggi sehinggakan Realme 2 Pro menjadi produk paling laris di Shopee dengan sebanyak 2,500 unit telah terjual selepas tiga jam jualan dibuka.

Tambah mereka, pada masa sama jenama Realme juga telah mencipta rekod baru bagi jualan pertama di Shopee dalam kalangan semua jenama telefon pintar. Pemecahan rekod ini turut meletakkan Realme 2 Pro sebagai pilihan jenama telefon pintar di kalangan pengguna berusia muda di negara ini.

Pelanggan bertuah yang menerima penghantaran terus daripada pihak Realme dan Shopee sendiri

Realme 2 Pro ialah sebuah peranti yang menawarkan paparan penuh yang dipanggil dewdrop, memori dalaman 8GB RAM dan 128GB storan malah mempunyai simpanan tambahan melalui kad microSD. Pilihan lain juga menyediakan memori 4GB + 64GB dan 6GB + 64GB pada harga yang lebih mampu dimiliki. Peranti ini dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660 bersama sistem antaramuka Color OS 5.2 (seperti Oppo) berasaskan Android 8.1 Oreo.

Jika anda berminat dengan promosi Realme 2 Pro, ia boleh dimiliki semula pada 15 November ini dengan tanda harga bermula RM849 (belum diskaun) di https://shopee.com.my/realme.os.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend