Realme 2 Pro Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di India Pada 27 September Nanti Comments Off on Realme 2 Pro Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di India Pada 27 September Nanti

Hari ini pengamal media di India dilaporkan telah mula menerima jemputan ke majlis pelancaran model terbaharu Realme di India yang dijangka akan diadakan pada 27 September nanti.

Walaupun pihak Realme tidak mendedahkan model yang akan dilancarkan, imej jemputan yang diterima jelas memperlihatkan klu model tersebut dengan penggunaan fon dalam warna merah. Melalui klu itu ia mengesahkan kemunculan model Realme 2 Pro yang merupakan versi peningkatan Realme 2 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Ogos lalu.

Buat masa ini pihak Realme masih lagi belum mendedahkan sebarang maklumat berhubung spesifikasi dan juga harga Realme 2 Pro, jadi sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya tidak lama lagi…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend