Realme 1, 2 Pro Dan U1 Akan Terima Kemas Kini Android Pie Dengan ‘Nightscape’ Sekitar Pertengahan Pertama 2019 Comments Off on Realme 1, 2 Pro Dan U1 Akan Terima Kemas Kini Android Pie Dengan ‘Nightscape’ Sekitar Pertengahan Pertama 2019

Mod kamera ‘Nightscape’ yang sebelum ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada model Realme 3, telahpun disahkan akan turut ditawarkan pada model Realme yang lain. Melalui perkongsian tweet CEO Realme iaitu Madhav Sheth, mod penggambaran itu telah disahkan akan diterima oleh tiga model keluarannya iaitu Realme 1, 2 Pro dan U1 menjelang pertengahan pertama tahun 2019 ini.

Selain tampil dengan mod kamera baharu yang membolehkan hasil gambar yang lebih terang dalam persekitaran yang kurang cahaya, kemas kini yang akan diberikan itu turut menawarkan sokongan Android 9.0 Pie. Apa yang pasti, ketiga-tiga model yang dinyatakan itu berkemungkinan besar akan turut dioperasikan dengan ColorOS 6.0 sama seperti Realme 3.

Menariknya Realme Malaysia akan mula menjual Realme 3 dalam dua pilihan storan iaitu 3GB + 32GB pada harga RM599, dan varian 4GB + 64GB pada harga RM699 menjelang 27 Mac 2019 ini.

Baca juga:

Realme 3 Kini Rasmi Dengan Helio P60, Dwi Kamera dan Bateri 4230 Mah Dengan Harga Daripada RM599

Mod Kamera ‘Nightscape’ Realme 3 Akan Turut Diperkenalkan Pada Model Realme Yang Lain

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend