Razer Phone Disahkan Akan Menerima Kemas Kini Android 8.1 Oreo Bermula April 2018 Comments Off on Razer Phone Disahkan Akan Menerima Kemas Kini Android 8.1 Oreo Bermula April 2018

Apabila Razer Phone dilancarkan pada penghujung November 2017 yang lepas, ia diperkenalkan dengan sokongan Android 7.1.1 Nougat. Walaupun sesetengah peranti flagship Android sudah mula menerima kemas kini Android 8.0 Oreo, Razer Phone dilihat masih lagi belum menerima kemas kini tersebut.

Memandangkan ada di antara peranti Android yang menerima kemas kini Android 8.0 Oreo berhadapan dengan isu sehingga menyebabkan kemas kini tersebut terpaksa ditarik balik. Razer Phone mungkin tidak mahu berhadapan dengan isu yang sama dan telah membuat pengumuman untuk terus melangkau ke kemas kini lebih baru iaitu Android 8.1 Oreo.

Berdasarkan kepada tweet rasmi yang dikongsikan oleh Razer, model flagship gaming ini akan mula menerima kemas kini itu seawal pertengahan bulan April 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend