Razer Phone 2 Dilancarkan – Ini Yang Perlu Anda Tahu Comments Off on Razer Phone 2 Dilancarkan – Ini Yang Perlu Anda Tahu

Selepas kehadiran peranti pertama pada tahun lepas, Razer hari ini kembali semula dengan peranti generasi kedua mereka. Razer Phone 2 yang masih memfokuskan permainan mudah alih, kali ini menawarkan tingkat taraf yang lebih baik.

Razer Phone 2 yang kekal dengan rekaan bersegi kini menawarkan paparan 50% lebih terang berbanding model terdahulu. Salah satu faktor menjadikan ia kekal berada di hadapan ialah paparan skrin yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz disamping sokongan HDR. Menerusi skrin IGZO 5.7-inci, Razer Phone 2 menawarkan pengalaman tontonan terbaik dengan resolusi 2560 x 1440 piksel. Sistem audio stereo yang terletak di kiri dan kanan skrin kini menyediakan sokongan Dolby 5.1 Digital dan 24-bit DAC.

Menyentuh pada bahagian kamera, pengguna kini mampu mengambil gambar dalam gelap menggunakan dwi kamera belakang bersudut luas 12MP f/1.75 dan telefoto 12MP f/2.6. Dua sensor daripada Sony ini juga boleh merakam video sehingga 120fps, sementara pada kamera depan, peranti ini dimuatkan bersama sensor 8MP yang menyokong video 60fps untuk penstriman dan panggilan.

Bagi melengkapkan ia sebagai peranti permainan, Razer Phone 2 diperkasakan oleh cip pemproses Snapdragon 845 dan memori 8GB RAM. Kuasa pula disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge+. Pengguna kini diberikan pilihan untuk mengecas Razer Phone 2 menggunakan dermaga pengecasan tanpa wayar yang dipanggil Razer Chroma. Razer Chroma merupakan logo bercahaya yang diilhamkan daripada panel belakang Razer Phone 2. Cahaya pada logo ini juga boleh dikustomasi mengikut notifikasi.

Fungsi terakhir yang dibawakan peranti ini ialah sistem penyejukannya yang dinamakan Vapor-chamber. Plet besi ini mampu mengalihkan haba yang lebih teratur sekaligus membolehkan peranti beroperasi dalam keadaan optimum sepanjang masa. Jika merasakan peranti masih lagi panas, peranti ini boleh disimbah dengan air melalui sokongan kalis air IP67.

Razer Phone 2 yang dijana sistem antaramuka Nova Launcher Prime turut digandingkan dengan aplikasi Razer Cortex. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengaktifkan ciri Razer Game Boost untuk setiap permainan yang dipasang. Peranti ini dijual pada harga bermula USD799 (~RM3,323) untuk storan 64GB manakala varian 128GB akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend