Razer Phone 2 Akan Mula Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Bermula 27 Februari Nanti Comments Off on Razer Phone 2 Akan Mula Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Bermula 27 Februari Nanti 374

Dilancarkan secara rasmi pada Oktober tahun lepas, Razer Phone 2 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 telah dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo. Berita terbaru yang telah diterima, Razer Phone 2 telah dilaporkan akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie bermula 27 Februari 2019.

Penawaran kemas kini terbaru ini bukan sahaja hadir dengan sokongan sistem navigasi skrin penuh yang akan diaktifkan secara automatik, tetapi ia akan turut menerima tampalan sistem keselamatan untuk bulan Februari 2019. Walau bagaimanapun, ketersediaan kemas kini Android Pie ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Razer Phone 2 hadir dengan paparan skrin IGZO LCD sebesar 5.7 inci beresolusi 2560 x 1440 piksel, dan ia turut menyokong kadar segar semula skrin mencecah 120Hz. Tersedia dalam dua pilihan storan iaitu 64GB atau 128GB, ia telah dipadankan dengan memori RAM sebesar 8GB. Selain itu ia turut menyokong bateri berkapasiti 4000 mAh dengan Quick Charge 4+ dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend