Razer Perkenalkan Fon Telinga TWS Yang Bertemakan Pokémon Comments Off on Razer Perkenalkan Fon Telinga TWS Yang Bertemakan Pokémon

Fon telinga tanpa wayar sebenar atau TWS (true wireless stereo) kini menjadi trend semasa apabila pengeluar audio, pengeluar telefon pintar, dan pengeluar aksesori komputer berlumba-lumba memperkenalkan produk TWS masing-masing.

Baru-baru ini Razer telah tampil dengan Pokémon Pikachu True Wireless. TWS ini mempunyai reka bentuk unik yang mana ianya membawakan tema Pokémon secara keseluruhannya. Jika anda boleh lihat, fon telinga yang berwarna kuning itu mewakili watak utama iaitu Pikachu dan bekasnya pula menyerupai Poke Ball.

Daripada segi ciri-ciri, TWS ini dilengkapi pemacu audio sebesar 13mm, sambungan Bluetooth 5.0 yang mana sesuai untuk dibuat bermain permainan, hayat bateri 3 jam, bekas yang boleh mengecas sebanyak 5 kali, sokongan kalis air ringan bertaraf IPX4, dan butang kawalan kapasitif di bahagian logo Pikachu.

Di China, Razer Pokémon Pikachu True Wireless dijual pada harga CNY849 atau RM522 selepas tukaran mata wang semasa. Tidak pasti adakah ia boleh dibeli secara atas talian oleh pengguna di Malaysia tetapi apa yang penting TWS ini cukup legit!

Bagi yang tidak tahu, Pokémon merupakan kartun animasi yang sangat terkenal pada era 90-an sehinggakan pada tahun 2016 satu fenomena telah berlaku apabila kebanyakan pengguna telefon pintar seluruh dunia mula bermain Pokémon GO – sebuah aplikasi permainan mudah alih berasaskan AR.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend