Razer Pay Berjaya Mencatatkan 300,000 Pengguna Di Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam Comments Off on Razer Pay Berjaya Mencatatkan 300,000 Pengguna Di Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

Hasil kolaborasi dengan Berjaya Corporation Berhad, Razer yang sememangnya terkenal dengan produk gaming baru-baru ini telah meluaskan lagi penawaran perkhidmatannya dengan pelancaran aplikasi e-dompet pelbagai guna iaitu Razer Pay untuk pengguna di Malaysia.

Apa yang membanggakan, dalam tempoh 48 jam selepas aplikasi e-dompet ini dilancarkan secara rasmi, Razer Pay telah berjaya mencatatkan sebanyak 300,000 pengguna telah memuat turun dan mendaftar dengan aplikasi ini. Bahkan kejayaan ini dipercayai rekod terpantas yang pernah dicatatkan di rantau ini.

Antara kedai milik Berjaya Group Berhad yang menyokong pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet Razer Pay.

Dalam tempoh yang sama juga sebanyak 11,000 transaksi telah dilakukan oleh pengguna pertama Razer Pay di pelbagai kedai milik Berjaya Group, termasuklah 7-eleven dan Starbucks. Dengan jumlah transaksi ini juga, sebanyak RM110,000 jumlah kutipan Dana Tabung Harapan telah berjaya dibuat oleh Berjaya Group.

Tambah nilai Razer Pay boleh dibuat di 7-eleven ataupun melalui perbankan online.

Bermula 4 Julai 2018 hingga 30 September 2018 ini, pengguna yang telah memuat turun dan mendaftar dengan e-dompet Razer Pay akan menerima kredit percuma sebanyak RM10.

Muat turun Razer Pay:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend