Razer Mungkin Berpotensi Untuk Membina Digital Entertainment City Di Malaysia Dengan Kerjasama MDEC Comments Off on Razer Mungkin Berpotensi Untuk Membina Digital Entertainment City Di Malaysia Dengan Kerjasama MDEC

Malaysia merupakan negara pertama yang menerima perkhidmatan dompet digital daripada Razer Pay. Dalam majlis perlancaran bulan lalu, pihak Razer juga ada menyatakan hasrat untuk membuka kedai konsep mereka di negara ini.

Terbaru, melalui perkongsian YB Syed Saddiq di media sosial, Razer kini sedang melihat potensi untuk membina Digital Entertainment City di Malaysia dengan kerjasama daripada pihak MDEC. Tambah beliau, jika jalinan ini diluluskan, ia bakal menjadi yang pertama di Asia Tenggara dan dalam masa sama membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Min Liang, CEO Razer (kiri) dalam perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan

Nilai pelaburan yang akan masuk juga adalah sekitar RM4 bilion sekaligus dapat memperkukuhkan ekonomi dalam sektor e-sukan dan multimedia. Bagaimanapun, ia masih diperingkat awal dan kita mungkin akan melihat perkembangan projek ini di masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend