Razer Hammerhead True Wireless Earbuds Dilancarkan Khusus Untuk Para Gamers, Harga Sekitar RM418 Comments Off on Razer Hammerhead True Wireless Earbuds Dilancarkan Khusus Untuk Para Gamers, Harga Sekitar RM418

Kini sudah menjadi satu trend kepada pengeluar untuk tampil dengan aksesori audio tanpa wayar menggunakan teknologi TWS (True Wireless Stereo). Nampaknya pengeluar aksesori gaming popular iaitu Razer juga tidak mahu ketinggalan apabila telah melancarkan Hammerhead True Wireless Earbuds.

Berbeza dengan kebanyakan produk TWS lain di pasaran, Razer Hammerhead True Wireless Earbuds telah diperkenalkan khusus untuk para gamers. Ini kerana ia mampu menyokong input kependaman (latency) yang sangat rendah iaitu hanya 60ms, sekaligus mampu menyelaraskan audio dengan sangat baik tanpa isu lengah masa.

Tampil dengan ciri kalis percikan air dan peluh melalui pengiktirafan IPX4, ia juga dilengkapi dengan pemacu audio 13mm yang mampu menjanjikan bunyi yang lebih dinamik dan berkualiti. Rekaannya earbuds dengan input sentuhan juga membolehkan anda untuk menukar lagu, memainkan ataupun memberhentikan muzik, menjawab/menamatkan panggilan, dan juga mengaktifkan pembantu suara pada peranti.

Razer Hammerhead True Wireless Earbuds menggunakan sambungan USB Type-C untuk mengecasnya.

Razer Hammerhead True Wireless Earbuds yang dikuasakan dengan Bluetooth 5.0 ini mampu menjanjikan ketahanan bateri sehingga 16 jam dengan sokongan sarung pengecasnya. Dijual pada harga USD99.99 (~RM418), ia turut didatangkan dengan jaminan waranti sehingga 2 tahun.

Spesifikasi:

  • Bluetooth 5.0
  • Frequency response headphones: 20Hz – 20kHz
  • Impedance headphones: 32 ± 15% Ω
  • Pemacu audio: 13mm
  • Frequency response microphone: 300Hz – 5kHz
  • 275mAh (Earbuds sehingga 3 jam dan tambahan 13 jam dengan sokongan sarung pengecas)
  • Masa mengecas sekitar 1.5 jam

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend