Razer Game Store Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Lazada, Bersempena Festival Jualan Besar-Besaran 11.11 0 179

Razer selaku jenama gaya hidup khusus untuk gamers, hari ini telah mengumumkan ketibaan rasmi Razer Game Store di Lazada Malaysia dan Filipina. Pelancaran rasmi pembukaan kedai atas talian rasmi Razer ini telah dijadualkan akan berlangsung pada 11 November, bersempena dengan festival jualan besar-besaran 11.11 pada hujung minggu ini.

Selain mengadakan promosi biasa, pelancaran Razer Game Store di Lazada pada 11 November ini turut menawarkan diskaun eksklusif sehingga 90% untuk pelbagai judul permainan popular di PC. Ini termasuklah judul hot seperti Assassin’s Creed OdysseyCities: SkylineFar Cry 5 dan juga Cuphead.

Razer dan Lazada turut komited untuk memastikan kesemua permainan yang dijual di Razer Game Store adalah tulen dan memiliki lesen yang sah, melalui kerjasama dengan beberapa nama besar seperti Ubisoft, Bethesda, Deep Silver, 2K dan juga Rockstar. Kini anda boleh mengunjungi Razer Game Store di Lazada untuk mendapatkan tawaran istimewa.

Baca juga:

CEO Razer Akan Turut Melabur Sebanyak RM10 Juta Untuk E-Sukan Malaysia 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend