Razer Akan Melancarkan Pembakar Roti Mereka Sendiri Comments Off on Razer Akan Melancarkan Pembakar Roti Mereka Sendiri

Min-Liang Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama Razer Corporation melalui laman Facebook-nya memaklumkan, syarikatnya akan memperkenalkan pembakar roti mereka sendiri tidak lama lagi.

Idea ini telah bermula pada tahun 2013 apabila Razer mencipta sebuah projek yang dinamakan ‘Project BreadWinner’. Di dalam video yang diterbitkan beberapa tahun selepas melihatkan beberapa pembangun video menunjukkan rasa minat mereka tentang pembakar roti Razer ini. Mereka menganggap mengapa tidak Razer membuat sedikit kelainan daripada asyik menghasilkan alat perkakasan permainan sahaja.

Sebuah halaman khas telah dicipta selepas itu bagi membolehkan orang ramai menyatakan minat mereka kepada pembakar roti ini. Sasaran ‘Like’ yang diletakkan pada mulanya adalah sebanyak 1,000,000 tetapi setakat semalam (1 Mei 2019), angka yang diterima adalah sekitar 45,000 sahaja. Walaupun angka ini tidak mencapai sasaran, sambutan yang diterima cukup memberansangkan sehinggakan ada segelintir individu (12 orang) yang begitu taksub telah mencacah tatu berbentuk pembakar roti Razer pada anggota badan mereka.

Bagi memenuhi permintaan peminat, akhirnya Min-Liang mengambil keputusan untuk mengarahkan pasukannya mereka bentuk dan membangunkan pembakar roti tersebut. Bagaimanapun, ketua Razer ini menyatakan ia mungkin akan mengambil masa dalam beberapa tahun lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend