‘Raya Dengan Shopee’ Menyediakan Keperluan Raya, Kediaman Dan Kenderaan Dengan Nilai Terbaik Comments Off on ‘Raya Dengan Shopee’ Menyediakan Keperluan Raya, Kediaman Dan Kenderaan Dengan Nilai Terbaik

Shopee nampaknya menyambut Hari Raya lebih awal apabila mereka melancarkan kempen ‘Raya Dengan Shopee’ pada hari ini. Kempen ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memastikan segala keperluan raya dapat dibeli lebih awal pada harga terbaik. Selain dapat menjimatkan masa, anda juga tidak perlu bersesak di pusat beli-belah untuk mendapatkan barangan yang diperlukan semasa bulan Ramadan nanti.

Kempen ini diadakan secara berterusan sepanjang 25 April hingga 6 Jun 2019. Anda boleh menikmati pelbagai tawaran menarik beserta potongan harga sehingga 80% daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual.

  • 200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day pada setiap hari Isnin, baucar akan dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan bayaran balik dilakukan.
  • Shocking Sale akan diadakan setiap hari dengan tawaran serendah RM1, kekerapan untuk ia berlaku adalah sebanyak lapan kali pada setiap hari Rabu.
  • Goyang Shopee menawarkan ganjaran Shopee Coins, baucar dan hadiah berjumlah sehingga RM5 juta – seperti telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera pada setiap hari Jumaat.
  • Shopee Live merupakan promosi secara langsung (LIVE) untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif serta menghiburkan daripada beberapa jenama dan penjual. Shopee Live berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam dan 9.30 malam menampilkan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.
  • Shopee Quiz berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari, menguji pengetahuan pengguna untuk menjawab lapan soalan mudah. Pemenang akan menerima habuan berupa Shopee Coins untuk setiap sesi daripada jumlah keseluruhan 2 juta koin.

Dalam meraikan pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, gedung Jepun ini bakal membawakan pelbagai produk daripada jenama terkenal seperti Naraya, Note Cosmetics, dan Jean Perry. Seramai 500 pengguna pertama akan mendapat potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka menggunakan kod ISETANRY.

Memudahkan Iftar Pada Bulan Puasa ini:

  • Coffee Bean & Tea Leaf: Potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

  • Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40% untuk set makanan keluarga dari 6 Mei 2019.

  • Tawaran Bufet: Diskaun 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur, dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.

Tawaran Kediaman dan Kenderaan

Shopee turut mengumumkan kerjasama dengan pihak pembangun, SP Setia dalam menawarkan kediaman seperti rumah pada harga bermula RM262,000 untuk pangsapuri di Glenmarie disamping rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami. Di sini, anda berpeluang mendapatkan rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888 beserta kit rumah bernilai RM5,000.

Pada majlis ini juga, Shopee juga memperkenalkan Shopee Automall kepada pengguna yang ingin mendapatkan kereta dan motosikal daripada pelbagai jenama popular seperti Honda, Toyota, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, BMW, dan Kawasaki. Anda boleh mendapatkan tawaran eksklusif seperti yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah rendah dari 1.8% setiap tahun, rebat, hadiah percuma, dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal.

Manfaat Rakan Kerjasama

  • Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya.

  • Visa (Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.

  • Muslim Pro: 200 pelanggan pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 pada harga hanya RM1.

  • MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah. Tukar mata wang melalui dalam talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.

  • Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend