Rangkaian Set Fon Kepala Jabra Evolve2 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM759 Comments Off on Rangkaian Set Fon Kepala Jabra Evolve2 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM759

Jabra Malaysia hari ini telahpun melancarkan rangkaian set fon kepala Jabra Evolve2 untuk pasaran tempatan dengan penawaran tiga model terbaharu iaitu Evolve2 85, Evolve2 65 dan juga Evolve2 40 yang direka khusus untuk meningkatkan produktiviti.

Diperakui oleh Microsoft Teams, rangkaian Jabra Evolve2 bukan sahaja menepati piawaian ruang kerja terbuka, tetapi ia juga dipertingkatkan dengan ciri terbaik seperti pembatalan bunyi bising yang lebih berkesan, kestabilan penghantaran audio, ketahanan bateri dan juga jarak sambungan Bluetooth yang lebih jauh.

Jabra Evolve2 85 – RM 2,599

  • Pembesar suara bersaiz 40MM menawarkan cipset digital berteknologi tinggi dan codec AAC terkini bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna menikmati muzik.
  • Dilengkapi fungsi Pembatalan Bunyi Bising Aktif Hibrid Digital.
  • Ketahanan bateri terbaik dalam industri. Boleh bertahan sehingga 37 jam bagi memudahkan kerja harian anda.
  • Kedua-dua cawan telinga dilengkapi busylight bersepadu dengan medan pandangan seluas 360 darjah.
  • Boom arm yang fleksibel, boleh lipat dan mudah sorok dalam set fon kepala. Rendahkan boom arm untuk menjawab panggilan dan naikkan boom arm bagi menutup panggilan aktif secara automatik.
  • Sambungan terus pada fungsi Voice Assistant.
  • Jarak wayarles sejauh 30m atau 100 kaki.
  • Dwi-sambungan dan aplikasi Jabra Direct serta Jabra Sound+ boleh disuaipadan mengikut citarasa peribadi.
  • Butang khas Microsoft Teams pada varian MS.
  • Reka bentuk alat pendengaran berergonomik dan berkusyen (memory foam) yang menawarkan tahap keselesaan terbaik.
  • Rekaan bergaya kasual kontemporari – sesuai untuk urusan kerja mahupun kasual.

Jabra Evolve2 65 – RM 1,799 (Stereo) / RM 1,699 (Mono)

  • Pembesar suara 40MM berkuasa tinggi dan tahan bocor.
  • Kedua-dua belah cawan telinga dilengkapi busylight bersepadu dengan medan pandangan seluas 360 darjah.
  • Reka bentuk khas untuk golongan pejabat atau mobil.
  • Butang khas Microsoft Teams pada varian MS. Dilengkapi indikator status eksklusif pada set fon kepala yang mengingatkan pengguna ketika terlepas panggilan atau bermesyuarat.
  • Sambungan terus pada fungsi Voice Assistant.
  • Varian stereo menepati piawaian dan ketetapan konsep pejabat terbuka.
  • Jarak sambungan wayarles sejauh 30m atau 100 kaki.
  • Dwi-sambungan.
  • Ketahanan bateri sehingga 37 jam.

Jabra Evolve2 40 – RM 799 (Stereo) / RM 759 (Mono)

  • Seperti Evolve2 65, varian Jabra berwayar turut menawarkan tahap keselesaan, ketahanan dan pengalaman pengguna terbaik.

Ketiga-tiga model Jabra Evolve2 ini akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula bulan Jun 2020, dan ia boleh dimiliki melalui pengedar rasmi Jabra di seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend