Rangkaian Pusat Beli-belah Sunway Kini Menerima Pembayaran Tanpa Tunai Dari Semua Jenis eDompet Comments Off on Rangkaian Pusat Beli-belah Sunway Kini Menerima Pembayaran Tanpa Tunai Dari Semua Jenis eDompet

Selari dengan usaha pendigitalan Sunway dalam membekalkan pengalaman serba mudah untuk para pembeli-belah dan peruncitnya, rangkaian pusat beli-belah Sunway (Sunway Malls) kini telah memperkenalkan Terminal Pembayaran Bersepadu (“Unified Payment Terminal” atau “UPT”), sebuah terminal pembayaran semua-dalam-satu yang menerima pelbagai bentuk pembayaran tanpa tunai daripada transaksi yang dibuat menggunakan eDompet, kad debit dan kad kredit.

Langkah ini dilihat mampu memberi manfaat kepada para peruncit dan pembeli-belah. Menerusi Terminal Pembayaran Bersepadu, ia dapat menawarkan pembeli-belah lebih banyak opsyen pembayaran tanpa tunai yang dapat membuahkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

Dengan cara ini, pembeli-belah tidak perlu membawa wang tunai yang banyak bersama mereka, sekali gus meminimakan kekhuatiran pengguna terhadap aspek keselamatan. Pembeli-belah juga tidak perlu lagi membawa duit syiling kerana mereka boleh membayar jumlah yang tepat menerusi kemudahan pembayaran tanpa tunai.

Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini turut mengelakkan para peruncit daripada mengerahkan berbilangan buah terminal untuk menerima pembayaran, lantas dapat menjurus kepada kos sewaan terminal yang lebih rendah. Oleh kerana terminal tersebut membolehkan para peruncit menerima bayaran daripada pelbagai jenis e-dompet, maka jurang batasan untuk menerima pembayaran tanpa tunai dapat disingkirkan.

Setakat Disember 2019, Sunway Malls telah menyaksikan lebih daripada 750 peruncitnya menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai, dan rakan-rakan kongsi eDompet antaranya seperti Alipay, Boost, Grabpay, GoodKredit, Maybank QRPay, Mcash, NETS, Touch ‘n Go eWallet dan WeChat Pay, serta lain-lain yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Perungkaian ini juga sejajar dengan komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan mengurangkan jejak karbon para pembeli-belah, termasuk pusat beli-belah tersebut dengan memupuk gaya hidup tanpa tunai.

Untuk menggalakkan pembeli-belah menggunakan kemudahan baharu ini, Sunway Pyramid sedang menawarkan pembeli-belah peluang untuk mendapatkan 10x mata ganjaran Sunway Pals apabila mereka menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui eDompet pembekal yang terlibat (Boost, GrabPay, Maybank QRPay, dan Touch ‘n Go eWallet) di Sunway Pyramid sehingga 31 Disember 2019. Bagi pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas menggunakan NETS, mereka akan menerima mata ganjaran Sunway Pals bernilai RM15 sehingga akhir bulan Jun 2020.

HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks sementara itu menyatakan, “Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu ini merupakan antara inisiatif kami untuk menambah baik pengalaman buat para pembeli-belah dan peruncit kami di Sunway Pyramid. Kami berharap untuk membekalkan persekitaran yang lebih memudahkan, efisien dan selamat untuk setiap individu yang memilih kami sebagai destinasi pusat beli-belah pilihan mereka pada hari ini dan pada masa yang akan datang.”

Sejak Oktober lalu, Sunway Malls telah melancarkan inisiatif ini menerusi empat pusat beli-belah lain yang meliputi Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Citrine Hub.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend