Rakyat Malaysia Derma Lebih RM250,000 Dalam Tempoh 10 Hari Melalui ‘Tabung COVID-19’ – Boost Comments Off on Rakyat Malaysia Derma Lebih RM250,000 Dalam Tempoh 10 Hari Melalui ‘Tabung COVID-19’ – Boost

Dalam tempoh 10 hari iaitu antara 21 hingga 31 Mac 2020, rakyat Malaysia telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM258,921.30 ke dalam ‘Tabung COVID-19 by Boost’.

Dana yang berjaya dikumpulkan ini akan disalurkan kepada barisan hadapan dalam usaha untuk menentang penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Kutipan derma ini akan diberikan ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membeli peralatan perubatan, ubat, dan sebagainya.

Menurut Boost, kutipan dana ini telah berjaya mencatatkan lebih RM300,000 setakat 5 April yang lalu dan ia dijangka akan terus meningkat. Bahkan Setiausaha Kementerian Kesihatan turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan Boost untuk memerangi COVID-19.

Rakyat Malaysia khususnya pengguna eDompet Boost, boleh menghulurkan bantuan dengan menekan menu ‘Tabung COVID-19’ yang tersedia di dalam aplikasi Boost. Derma juga boleh diberi menggunakan ‘Boost Coins’.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend