Rakaman Video Yang ‘Superb’ Ini Dipercayai Diambil Menggunakan Huawei P30 Pro Comments Off on Rakaman Video Yang ‘Superb’ Ini Dipercayai Diambil Menggunakan Huawei P30 Pro

Sejak diperkenalkan pada Mac tahun lepas, keupayaan kamera Huawei P20 Pro sememangnya sukar untuk digugat kerana sehingga kini ia dilihat masih mengungguli tangga teratas di DxOMark. Bahkan sebelum ini beberapa keping gambar yang diambil menggunakan fungsi zum menggunakan Huawei P30 Pro turut diperlihatkan kepada umum.

Menariknya baru-baru ini seorang jurugambar profesional iaitu Parker Walbeck dilihat telah memuat naik sebuah video berdurasi kurang 4 minit yang dipercayai diambil menggunakan Huawei P30 Pro. Walaupun model telefon pintar yang digunakan masih dirahsiakan olehnya, beberapa klu yang dikongsikannya lebih cenderung merujuk kepada model yang akan dilancarkan pada 26 Mac ini.

Contoh screenshot daripada rakaman video (low-light):

Contoh screenshot daripada rakaman video (10x zum):

Contoh 1:

Rakaman video 1x
Rakaman video 10x hibrid zum

Contoh 2:

Rakaman video 1x
Rakaman video 10x hibrid zum

Apa yang menariknya, kualiti rakaman video ini bukan sahaja menjanjikan kualiti video yang sangat baik, tetapi ia turut memperlihatkan keupayaan fungsi zum dan juga rakaman video dalam persekitaran yang gelap.

Baca juga:

Fasha Sandha Kongsi Gambar Perkahwinan Menggunakan Huawei P30

Huawei Belanja Gambar Super Zoom Semasa Di Konsert Blue Dipercayai P30

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend