Rakaman Video Dengan Mod ‘AI Cinema’ Untuk Siri Huawei Mate 20 Akan Diterima Melalui Kemas Kini Comments Off on Rakaman Video Dengan Mod ‘AI Cinema’ Untuk Siri Huawei Mate 20 Akan Diterima Melalui Kemas Kini

Mungkin kita sedia maklum bahawa Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro hadir dengan sokongan tiga lensa LEICA yang menjanjikan mod penggambaran yang berbeza seperti sudut luas dan juga telefoto dengan keupayaan zum optikal. Malah salah satu ciri yang menarik perhatian kami sudah tentunya rakaman video dengan mod ‘AI Cinema’.

Tiada mod ‘AI Cinema’ boleh ditemui dalam menu kamera pada Mate 20 atau Mate 20 Pro buat masa ini, kerana ia akan hanya diterima melalui kemas kini baharu nanti.

Namun begitu apabila kami mencuba sendiri kedua-dua model terbaharu keluaran Huawei iaitu Mate 20 dan Mate 20 Pro, mod rakaman istimewa itu tidak dapat dicuba kerana ia tidak tersedia para peranti tersebut. Bagi mendapatkan pengesahan, kami telah menghubungi sumber dalaman di Huawei dan menurutnya mod ‘AI Cinema’ itu akan hanya diterima melalui kemas kini yang akan diberikan tidak lama lagi.

Mod ‘AI Cinema’ menyokong pelbagai efek untuk rakaman video seperti AI colour, Background blur, Vintage, dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan pembaca, mod ‘AI Cinema’ menampilkan pelbagai efek sinematik yang berbeza apabila video dirakam dan pemilihan efek boleh dilihat mengikut masa-nyata. Keupayaan efek yang menarik ini dikatakan boleh dinikmati pada siri Mate 20 dengan bantuan dwi NPU yang disokong oleh Kirin 980.

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Twilight

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend