Raikan Pembukaan Semula ASUS ROG Concept Store Di Plaza Low Yat Pada 13 Disember 2019 Comments Off on Raikan Pembukaan Semula ASUS ROG Concept Store Di Plaza Low Yat Pada 13 Disember 2019

ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa kedai fizikal ASUS ROG Concept Store yang terletak di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, akan dibuka semula secara rasmi. Pembukaan semula ruang kedai serba baharu pada 13 Disember 2019 (jam 10 pagi) ini membolehkan pengunjung yang hadir untuk menikmati promosi dan juga penebusan hadiah secara percuma.

Penebusan cenderamata eksklusif ROG:

Bagi meraikan pembukaan ASUS ROG Concept Store itu, pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik yang menawarkan cenderamata eksklusif ROG. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk penebusan hadiah percuma:

  1. Ambil gambar swafoto atau wefie dengan berlatarbelakangkan ASUS ROG Concept Store.
  2. Muat naik gambar tersebut di Facebook atau Instagram (set sebagai ‘public’).
  3. Sertakan tanda pagar #ROGStoreMY #ROGMY
  4. Tebus cenderamata eksklusif ROG.

Promosi sempena pembukaan ASUS ROG Concept Store:

Bermula 13 hingga 15 Disember 2019, pengunjung yang membuat pembelian produk ROG termasuk komputer riba, komputer atau telefon pintar di ASUS ROG Concept Store di Plaza Low Yat, akan menerima ROG Hoodie secara percuma. Manakala pembelian komputer riba ROG atau TUF akan menikmati naik taraf 4GB RAM secara percuma.

Baca juga:

Percuma ROG G-Shock Dengan Pembelian Komputer Riba ROG atau Desktop dengan Kad Grafik RTX

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend