Raikan Pelancaran Jualan Honor 20 Lite Dengan As’ad Motawh Untuk Peluang Memenangi Pelbagai Hadiah Comments Off on Raikan Pelancaran Jualan Honor 20 Lite Dengan As’ad Motawh Untuk Peluang Memenangi Pelbagai Hadiah 372

Honor 20 Lite sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada pertengahan April 2019 dan ia boleh dibeli secara eksklusif di Shopee bermula 22 April yang lalu. Bagi meraikan pelancaran jualan Honor 20 Lite di kedai fizikal, Honor Malaysia akan mengadakan sesi beramah mesra dengan As’ad Motawh yang akan diadakan pada 11 Mei 2019 (Sabtu) di NU Sentral, bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

Pelanggan yang membuat pembelian Honor 20 Lite di dalam acara itu akan turut berpeluang memenangi Honor 20 Lite yang siap ditandatangani oleh As’ad Motawh. Selain daripada itu, 10 pembeli terawal akan turut menerima beg drawstring berjenama Nike, baju t Honor yang ditandatangani oleh As’ad Motawh, dan juga bekas simpanan makanan istimewa.

Honor 20 Lite dengan sokongan tiga kamera ini dijual pada harga RM949, dan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Phantom Red ataupun Phantom Blue.

Spesifikasi Honor 20 Lite:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0)
  • Kirin 710 (4x 2.2 GHz Cortex-A73 + 4x 1.7 GHz Cortex-A53)
  • 4GB + 128GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 6.21 inci LTPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 24MP + 8MP + 2MP
  • Kamera depan: 32MP
  • 3400 mAh

Baca juga:

[Ulasan] HONOR 20 Lite – Peranti Dengan Sokongan Tiga Kamera Termurah Berharga Bawah RM1,000

Promosi ‘HONORaya’ Tawar Hadiah Percuma Melalui Pembelian Model Honor Terpilih – 1 Mei Hingga 9 Jun

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend