Qualcomm Umum Tiga Cipset Terbaharunya Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 Dan 765G Comments Off on Qualcomm Umum Tiga Cipset Terbaharunya Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 Dan 765G

Melalui acara Snapdragon Tech Summit 2019 yang berlangsung di Hawaii, Qualcomm secara rasminya telah mengumumkan tiga cipset terbaharunya yang dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G.

Snapdragon 865 telah dibangunkan khusus untuk peranti 5G kerana ia telah siap diintegrasikan dengan modem 5G daripada Snapdragon X55. Berbeza dengan cipset Snapdragon 855 yang sebelum ini boleh digunakan bersama-sama dengan modem 4G atau 5G, Snapdragon 865 telah siap tersedia dengan sokongan modem 5G. Jadi mana-mana peranti yang menggunakannya akan menyokong rangkaian 5G.

Manakala cipset Snapdragon 765 dan Snapdragon 765G pula disasarkan khusus untuk telefon pintar kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G. Kedua-dua cipset ini telah diintegrasikan dengan modem 5G daripada Snapdragon X52 yang mampu menyokong kepantasan muat turun sehingga 3.7Gbps. Bahkan Snapdragon 765/765G turut dilengkapi dengan pemprosesan AI terkini dan juga pengalaman Snapdragon Elite Gaming.

Namun begitu, buat masa ini pihak Qualcomm tidak pula mendedahkan spesifikasi lebih terperinci untuk cipset Snapdragon 865, Snapdragon 765 dan juga Snapdragon 765G.

Baca juga:

Qualcomm Turut Memperkenalkan Sensor Pengimbas Cap Jari Terbesar Di Dunia – 3D Sonic Max

Spesifikasi Qualcomm Snapdragon 865 Tertiris, Janji Peningkatan Prestasi CPU Sehingga 20%

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend