Qualcomm Umum Cipset Snapdragon 720G, 662 Dan 460 Dengan WiFi 6 Serta Bluetooth 5.1 Comments Off on Qualcomm Umum Cipset Snapdragon 720G, 662 Dan 460 Dengan WiFi 6 Serta Bluetooth 5.1

Pada tahun Disember 2019 yang lepas, Qualcomm telahpun memperkenalkan tiga cipset terbaharu keluarannya iaitu Snapdragon 865 untuk segmen mercu, dan juga Snapdragon 765 dan 765G untuk segmen kelas pertengahan yang memfokuskan aspek gaming.

Bertempat di New Delhi, India, Qualcomm kini telah hadir dengan tiga lagi cipset baharu iaitu Snapdragon 720G, Snapdragon 662 dan juga Snapdragon 460 yang disasarkan untuk segmen kelas pertengahan dan bajet.

Berbanding generasi cipset keluaran Qualcomm sebelum ini, ketiga-tiga ini menyokong spesifikasi yang telah dipertingkatkan. Malah bagi memastikan cipset ini mampu memenuhi keperluan masa kini, ia turut dilengkapi dengan sambungan WiFi 6 (WiFi 802.11ax) dan juga Bluetooth 5.1.

Spesifikasi Snapdragon 720G:

  • 8nm
  • 2x Kryo 465 Performance Core (ARM Cortex-A76) @ 2.3GHz
  • 6x Kryo 465 Efficiency Core (ARM Cortex-A55) @ 1.8GHz
  • Adreno 618
  • AI – Hexagon 692 (5th generation AI Engine)
  • ISP – Spectra 350L ISP (satu kamera sehingga 192MP / rakaman video 4K)
  • Qualcomm Quick Charge 4+
  • WiFi 6, Bluetooth 5.1 (aptX Adaptive, aptX TWS )

Spesifikasi Snapdragon 662:

  • 11nm
  • 4x Kryo 260 Performance Core + 4x Kryo 260 Efficiency Core @ sehingga 2.0GHz
  • Adreno 610
  • AI – Hexagon 683 (Qualcomm Sensing Hub)
  • ISP – Spectra 340T ISP (satu kamera sehingga 48MP / tiga kamera)
  • Qualcomm Quick Charge 3.0
  • WiFi 6, Bluetooth 5.1 ( aptX Adaptive, aptX TWS )

Spesifikasi Snapdragon 460:

  • 11nm
  • 8x Kryo 240 @ sehingga 2.3GHz
  • Adreno 610
  • AI – Hexagon 683 (3rd generation AI Engine)
  • ISP – Spectra 340 ISP (satu kamera sehingga 25MP / dwi kamera sehingga 16MP / tiga kamera)
  • Qualcomm Quick Charge 3.0
  • WiFi 6, Bluetooth 5.1 (aptX Adaptive, aptX TWS)

Menariknya CEO realme sebelum ini turut mengesahkan akan menjadi antara pengeluar terawal yang akan melancarkan telefon pintar dengan sokongan cipset Snapdragon 720G untuk peranti keluarannya akan datang.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend