Qualcomm Turut Memperkenalkan Sensor Pengimbas Cap Jari Terbesar Di Dunia – 3D Sonic Max Comments Off on Qualcomm Turut Memperkenalkan Sensor Pengimbas Cap Jari Terbesar Di Dunia – 3D Sonic Max

Tahun 2018 yang lalu Qualcomm telahpun memperkenalkan sensor pengimbas cap jari pada skrin melalui sokongan teknologi 3D Sonic yang akan menggunakan kaedah ultrasonik. Berbeza dengan teknologi optikal, 3D Sonic mampu memperolehi bacaan tekstur permukaan pada cap jari yang lebih tepat dan selamat.

Teknologi 3D Sonic itu kini telah ditambah baik melalui pengenalan teknologi 3D Sonic Max yang diiktiraf sebagai sensor pengimbas cap jari terbesar pernah di dunia. Menurut Qualcomm, 3D Sonic Max mampu membuat imbasan sehingga 20mm x 60mm berbanding hanya 4mm x 9mm sebelum ini.

Sokongan permukaan sensor yang 17x lebih besar ini bukan sahaja mampu memastikan imbasan cap jari yang jauh lebih selamat, tetapi ia juga menyokong kadar ketepatan sehingga 1:1,000,000. Apa yang lebih menariknya, disebabkan permukaan sensor yang besar ini juga ia boleh menyokong imbasan dua cap jari berbeza secara serentak.

Baca juga:

Qualcomm Umum Tiga Cipset Terbaharunya Dengan Sokongan 5G – Snapdragon 865, 765 Dan 765G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend