Qualcomm Snapdragon Wear 3100 Dilancarkan Dengan Menjanjikan Ketahanan Bateri Yang Lebih Baik Comments Off on Qualcomm Snapdragon Wear 3100 Dilancarkan Dengan Menjanjikan Ketahanan Bateri Yang Lebih Baik

Jun lalu Qualcomm telahpun memperkenalkan cip pemproses Snapdragon Wear 2500 yang dikhususkan untuk jam tangan pintar kanak-kanak. Kali ini satu lagi cip pemproses terbaharu untuk jam tangan pintar keluaran Qualcomm telah dilancarkan dengan kehadiran Snapdragon Wear 3100.

Mengikut corak penggunaan jam tangan pintar oleh pengguna, mereka hanya berinteraksi dengan aksesori tersebut antara 5 hingga 10 peratus sahaja. Manakala selebihnya mereka mengharapkan jam tangan pintar itu sentiasa aktif bagi memudahkan mereka memeriksa waktu dan sebagainya. Oleh itu Qualcomm telah menggunakan pemproses A7 dengan bantuan pemproses sokongan bagi mempertingkatkan kelancaran mod interaktif dan juga mod ambient.

Lebih menariknya Snapdragon Wear 3100 juga turut menjanjikan ketahanan bateri yang jauh lebih baik berbanding Snapdragon 2100 iaitu antara 4 hingga 12 jam. Namun begitu, ia bergantung juga kepada jenis paparan, kapasiti bateri dan juga konfigurasi peranti. Malah pemproses terbaharu ini juga dikatakan mampu bertahan sehingga 15 jam apabila digunakan ketika bersukan.

Menurut Qualcomm, untuk permulaan platform Snapdragon Wear 3100 ini akan digunakan pada jenama pengeluar jam tangan mewah seperti Fossil Group, Louis Vuitton dan juga Montblanc. Ia dijangka akan mula berada di pasaran pada suku ke-4 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend