Qualcomm Snapdragon 855 Sedang Dibangunkan Dengan Sokongan Kepantasan Penuh Rangkaian 5G Comments Off on Qualcomm Snapdragon 855 Sedang Dibangunkan Dengan Sokongan Kepantasan Penuh Rangkaian 5G 441

Pada masa ini, Snapdragon 845 merupakan cip pemproses paling berkuasa yang ditawarkan oleh Qualcomm untuk digunakan pada peranti mudah alih. Sungguhpun begitu, ia boleh dikatakan agak baru di pasaran kerana peranti terawal yang hadi dengan sokongan cip pemproses itu baru sahaja diperkenalkan dalam acara MWC 2018 yang lepas.

Belum sempat peranti dengan Snapdragon 845 itu digunakan oleh pengguna, kini sudah timbul pula berita yang telah mengesahkan bahawa Qualcomm sedang menghasilkan platform cip pemproses terbarunya yang tampil dengan nama Snapdragon 855. Melalui maklumat yang didedahkan, cip pemproses ini terdiri daripada cip SDM855 dan juga modem SDX50.

 

Modem Snapdragon X50 (SDX50) yang sebelum ini sudahpun didedahkan dan diuji telah berjaya memperlihatkan hasil yang positif apabila rekaannya berjaya mencatatkan kepantasan rangkaian 5G yang sebenar.

Sungguhpun begitu, Qualcomm dan pembekal servis tanpa wayar di Amerika Syarikat sebelum ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G tidak akan dikomersialkan sebelum tahun 2019 ini. Jadi dapat disimpulkan bahawa penghasilan Qualcomm Snapdragon 855 ini mungkin masih lagi dalam peringkat awal.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend