Qualcomm Snapdragon 855 Diumumkan Dengan Sokongan 5G Dan 3D Sonic Sensor Yang Pertama Di Dunia 0 351

Qualcomm akhirnya telah melancarkan cipset mercunya iaitu Snapdragon 855 secara rasmi di dalam acara ‘Snapdragon Technology Summit’ yang berlangsung di Hawaii. Di dalam acara itu, Alex Katouzian selaku Pengarah Urusan dan Naib Presiden Senior di Qualcomm telah melancarkan Snapdragon 855 yang merupakan cipset dengan sokongan rangkaian 5G pertama di dunia.

Snapdragon 855 dilengkapi dengan enjin AI berbilang-teras generasi keempat yang dikatakan mampu menjanjikan pengalaman AI yang lebih berkuasa. Bahkan ia juga dikatakan tiga kali lebih berkuasa jika dibandingkan dengan keupayaan AI pada Snapdragon 845.

Qualcomm turut mengumumkan bahawa mereka telah menjadi pengeluar pertama di dunia akan mengkomersialkan sokongan teknologi pengimbas cap jari ultrasonik 3D di dalam skrin yang dikenali sebagai Qualcomm 3D Sonic Sensor. Berbeza dengan sensor optikal 2D, teknologi ini dikatakan berupaya mengimbas cap jari ketika basah ataupun kotor.

Di dalam acara itu juga, penyedia perkhidmatan telekomunikasi Verizon turut mengumumkan bahawa Samsung akan melancarkan telefon pintar 5G menggunakan cipset ini pada tahun 2019 nanti. Namun begitu tiada banyak maklumat didedahkan berhubung spesifikasi penuh cipset ini, dan ia ia mungkin akan didedahkan pada hari kedua persidangan itu berlangsung nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend