Qualcomm Snapdragon 855 Dengan Sokongan NPU, Mungkin Akan Dikenali Sebagai Snapdragon 8150?! Comments Off on Qualcomm Snapdragon 855 Dengan Sokongan NPU, Mungkin Akan Dikenali Sebagai Snapdragon 8150?!

Untuk tahun 2018 ini, pemproses paling berkuasa yang pernah diperkenalkan oleh Qualcomm adalah Snapdragon 845 dan ia menjadi pilihan pengeluar telefon pintar untuk peranti flagship keluaran mereka. Baru-baru ini Qualcomm dilaporkan akan tampil dengan pemproses terbarunya iaitu Qualcomm Snapdragon 855.

Sungguhpun begitu menurut perkongsian dari WinFuture, Qualcomm mungkin tidak akan menggunakan nama Snapdragon 855 untuk pemproses terbarunya itu, sebaliknya ia mungkin dikenali sebagai Snapdragon 8150 (SDM8150). Ini berikutan nama Snapdragon 850 dilihat telahpun digunakan pada pemproses yang disasarkan pada komputer riba dan tablet yang dioperasikan oleh Microsoft Windows OS.

Qualcomm Snapdragon 850 telah diperkenalkan untuk komputer riba dan tablet Windows pada Jun 2018 yang lalu.

Sama seperti pemproses HiSilicon Kirin 970 yang telah diperkenalkan pada IFA 2017 yang lepas, Snapdragon 8150 ini juga dikatakan akan menjadi pemproses pertama keluaran Qualcomm yang akan menyokong Neural Processing Unit (NPU). Ini bermakna bebanan tugasan seperti analisis maklumat imej atau pertanyaan suara boleh dijalankan oleh NPU dengan lebih efisien tanpa memerlukan pengoperasian CPU.

NPU menjanjikan prestasi AI yang jauh lebih baik untuk pemproses.

Menurut WinFuture lagi, pemproses Snapdragon 855/8150 ini juga buat pertama kalinya akan turut diperkenalkan dalam varian istimewa khusus untuk automotif. Ini berikutan penemuan rujukan ‘SDM855AU’ yang berkait rapat dengan bidang automotif.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend