Qualcomm Snapdragon 855 Dengan Keupayaan 5G Akan Menggunakan Teknologi Proses 7nm Daripada TSMC 0 198

Sebelum ini kita telah sedia maklum bahawa Qualcomm akan hadir dengan pemproses pertama keluarannya dengan sokongan teknologi proses 7nm dengan penawaran cipset Qualcomm Snapdragon 8150.

Nampaknya pendedahan terbaru yang dikongsikan oleh Roland Quandt telah mengesahkan bahawa cipset mercu ini akan menggunakan nama rasmi Qualcomm Snapdragon 855, dan bukannya Qualcomm Snapdragon 8150 seperti yang didedahkan sebelum ini. Perkara ini berjaya disahkan secara rasmi selepas blog TechCrunch tanpa sengaja telah mendedahkan maklumat itu, yang kemudiannya telah dipadam semula.

Melalui perkongsian di Twitter @rquandt, Qualcomm Snapdragon juga akan menyokong sambungan rangkaian 5G, dioptimumkan dengan ciri Snapdragon Elite Gaming, dan juga tersedia dengan cip dedikasi NPU (Neural Processing Unit) untuk prestasi AI yang lebih berkuasa. Snapdragon 855 ini juga dilaporkan telah menggunakan teknologi proses 7nm yang dihasilkan oleh TSMC.

Selain cipset A12 Bionic (Apple) dan juga Kirin 980 (Huawei) yang menyokong cipset dengan teknologi proses 7nm, lebih banyak peranti akan hadir dengan cipset 7nm menjelang tahun 2019 nanti, iaitu selepas Qualcomm Snapdragon 855 dilancarkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend