Qualcomm Snapdragon 8150 Mencatatkan Skor AnTuTu Paling Tinggi Untuk Peranti Android Melebihi 360,000 Poin Comments Off on Qualcomm Snapdragon 8150 Mencatatkan Skor AnTuTu Paling Tinggi Untuk Peranti Android Melebihi 360,000 Poin

Qualcomm Snapdragon 8150 (sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 855) yang dibangunkan menggunakan proses fabrikasi 7nm sebelum ini telah memperlihatkan skor Geekbench yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Sungguhpun begitu skor yang dicatatkan masih tidak mampu menjadikannya sebagai pemproses paling berkuasa.

Walaupun ia masih belum diumumkan secara rasmi, hari ini keputusan ujian penanda aras AnTuTu pula telah berjaya didedahkan kepada umum. Berdasarkan imej yang berjaya diperolehi, Qualcomm Snapdragon 8150 telah berjaya mencatatkan skor yang sangat tinggi iaitu mencecah 362,292 poin, sekaligus menjadikannya sebagai pemproses Android terbaik mengatasi Kirin 980.

Jika dilihat pada skor tersebut, Snapdragon 8150 mampu menawarkan prestasi 16% lebih baik berbanding Kirin 980, dan 20% lebih baik jika dibandingkan dengan Snapdragon 845 sebelum ini. Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, Snapdragon 8150 tampil dengan rekaan tiga teras CPU berasingan mirip seperti Kirin 980 dan juga Exynos 9820.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend