Qualcomm Snapdragon 768G Diumumkan – Versi ‘Overclock’ Daripada SD765G Comments Off on Qualcomm Snapdragon 768G Diumumkan – Versi ‘Overclock’ Daripada SD765G

Pada Disember yang lalu Qualcomm telah memperkenalkan Snapdragon 765/765G dan cipset ini telahpun digunakan pada kebanyakan telefon pintar kelas pertengahan masa kini.

Hari ini Qualcomm memperkenalkan pula Snapdragon 768G yang merupakan versi ‘overclock’ daripada SoC Snapdragon 765G. Kini ia menawarkan prestasi CPU sehingga 2.8GHz dan GPU sehingga 725MHz, juga dilihat lebih baik berbanding reka bentuk asal. Selain itu, cipset ini turut mengintegrasikan modem 5G.

Syarikat mendedahkan bahawa cipset terbaru ini mampu menawarkan pengalaman permainan mudah alih dan 5G yang sebenar. Naik taraf dilakukan atas maklum balas para pengeluar yang mendakwa SD765G tidak begitu memuaskan.

Snapdragon 768G juga merupakan yang pertama dalam platfom siri-7 yang menyokong pemacu GPU Adreno boleh dinaik taraf. Melaluinya, skrin dengan kadar segar semula 120Hz boleh dijalankan tanpa sebarang masalah.

Peranti pertama yang akan menggunakan Snapdragon 768G adalah Redmi K30 5G Speed Edition yang akan dilancarkan pada 11 Mei 2020.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend