Qualcomm Snapdragon 670 Berasaskan Proses 10nm Dilancarkan Dengan Sokongan AI Comments Off on Qualcomm Snapdragon 670 Berasaskan Proses 10nm Dilancarkan Dengan Sokongan AI

Sebelum ini Qualcomm telahpun melancarkan pemproses terbaru dari siri Snapdragon 700 dengan kehadiran Snapdragon 710 pada bulan Mei yang lepas. Nampaknya baru-baru ini Qualcomm mengumumkan pula kemunculan pemproses Snapdragon 670 berasaskan proses 10nm dengan sokongan AI.

Menurut Qualcomm, Snapdragon 670 ini menjanjikan prestasi AI 1.8x ganda lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Lebih menariknya walaupun disasarkan untuk peranti kelas pertengahan yang lebih mampu milik, pemproses generasi baharu ini turut menyokong Hexagon 685 DSP bagi mempertingkatkan prestasi, sama seperti yang digunakan oleh Snapdragon 845.

Malah Snapdragon 670 turut menjadi siri Snapdragon 600 yang pertama menyokong Qualcomm Spectra 250 ISP bagi memastikan hasil penggambaran yang lebih baik yang kebiasaannya ditemui pada kamera profesional. Ia dikatakan mampu mengurangkan isu noise, penstabilan imej, dan juga ciri active depth sensing.

Sokongan modem Snapdragon X12 juga menjanjikan kepantasan muat turun yang lebih tinggi mencecah sehingga 600 Mbps, dengan kepantasan muat naik sehingga 150 Mbps.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend