
Setiap kali Qualcomm melancarkan cipset terbaharunya, rata-rata daripada pengguna akan teruja untuk melihat prestasi yang disokong. Sebagaimana yang kita ketahui, Qualcomm akan mengumumkan kemunculan cipset flagship iaitu Snapdragon 8150 (sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 855) pada Disember nanti.
Baru-baru ini WinFuture telah melaporkan bahawa Qualcomm akan turut mengumumkan kemunculan dua lagi cipset kelas pertengahannya dengan Snapdragon 6150 dan 7150. Kedua-dua cipset ini dipercayai akan menggantikan siri Snapdragon 6xx dan 7xx sedia ada di pasaran.

Buat masa ini tiada banyak maklumat berjaya diperolehi, tetapi cip kelas pertengahan ini dipercayai menggunakan proses fabrikasi 11nm. Snapdragon 6150 dikatakan mampu menyokong resolusi paparan 2160 x 1080 piksel, manakala Snapdragon 7150 pula berupaya menyokong resolusi 2880 x 1400 piksel.
Baca juga:
Skor Penanda Aras Pertama Snapdragon 8150 Muncul Di Internet
Qualcomm Snapdragon 8150 Dipercayai Menyokong Konfigurasi Lapan Teras Sama Seperti Kirin 980