Qualcomm Perkenal SoC Siri QCS400 Khusus Untuk Digunakan Pada Speaker dan Soundbar Pintar Comments Off on Qualcomm Perkenal SoC Siri QCS400 Khusus Untuk Digunakan Pada Speaker dan Soundbar Pintar

Qualcomm yang sememangnya lebih dikenali sebagai pengeluar SoC (System-on-Chip) untuk telefon pintar telah mengumumkan penawaran satu lagi cipset daripada siri QCS400, khusus untuk speaker dan juga soundbar pintar.

Menurut Qualcomm, siri cipset QCS400 ini dikatakan telah menyokong pelbagai ciri menarik seperti kualiti audio yang lebih baik, ketahanan bateri yang lebih lama, dan juga kawalan suara yang lebih terkini berbanding teknologi sebelum ini. Selain itu ia juga menjanjikan UI suara yang lebih responsif, menyokong Dolby Atmos serta DTS:X, dan juga keupayaan sambungan beberapa speaker secara serentak.

Siri QCS400 memiliki DSP (Digital Signal Processor) yang menawarkan sehingga 32 saluran pemprosesan audio. SoC ini juga telah direka untuk menyokong pengecaman beberapa kata kunci dan AI terbina-dalam, sekaligus menjanjikan respons yang lebih cepat.

Siri QCS400 terdiri daripada QCS403 dan QCS404 yang direka khusus untuk pembantu maya dan speaker pintar, manakala QCS405 pula boleh digunakan pada soundbar, sistem teater rumah, dan juga speaker pintar.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend