Qualcomm Perkenal Snapdragon Wear 2500 Khusus Untuk Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak Comments Off on Qualcomm Perkenal Snapdragon Wear 2500 Khusus Untuk Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak

Pengeluar cipset untuk peranti mudah alih paling popular iaitu Qualcomm sememangnya sangat aktif dalam menghasilkan pemproses terbarunya sejak kebelakangan ini. Selain melancarkan pemproses untuk peranti dari kelas pertengahan, kelas permulaan dan juga pemproses AR serta VR yang pertama, kini satu lagi cipset yang dikhususkan untuk jam tangan pintar kanak-kanak telah diperkenalkan.

Qualcomm Snapdragon Wear 2500 dilancarkan bagi menggantikan cipset Snapdragon 2100 yang sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2016 yang lalu. Pengumuman yang dibuat ini dikatakan mampu memastikan ketahanan bateri 14% lebih lama berbanding generasi sebelum ini dan telah dioptimumkan untuk versi Android Oreo.

Platform terbaru untuk jam tangan pintar ini turut menyokong generasi baru NFC untuk pembayaran yang lebih selamat. Lebih menariknya, Snapdragon Wear 2500 ini turut menyokong aplikasi dan juga permainan berasaskan gerakan. Walau bagaimanapun, ia masih lagi menggunakan empat teras berasaskan Cortex-A7 dengan sokongan RAM 512MB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend