Qualcomm Perkenal Cipset AR Dan VR Pertama Keluarannya Dengan Snapdragon XR1 Comments Off on Qualcomm Perkenal Cipset AR Dan VR Pertama Keluarannya Dengan Snapdragon XR1

Fon kepala VR seperti Oculus Go sememangnya mendapat liputan yang meluas di kalangan pengamal media, tetapi ia dilihat tidak begitu sempurna kerana harganya yang agak mahal dan pengoperasian yang tidak begitu lancar. Menyedari akan kekurangan tersebut, Qualcomm baru-baru ini telah memperkenalkan cipset pertama keluarannya iaitu Snapdragon XR1 yang dikhususkan untuk AR dan juga VR.

XR yang merujuk kepada ‘Extended Reality’ ini dibangunkan oleh Qualcomm bagi memastikan kelancaran pengoperasian dan dalam masa yang sama menjanjikan kos pembuatan yang lebih murah. Menurut Qualcomm, Snapdragon XR1 berupaya memaparkan video 4K pada 60 fps, dan dipercayai lebih efisien tenaga kerana penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Snapdragon XR1 menyokong pelbagai teknologi canggih dari Qualcomm termasuklah Qualcomm 3D Audio Suite, Qualcomm Aqstic Audio Technologies, Qualcomm aptX Audio, dan juga dilengkapi dengan bantuan pembantu suara ‘Always-on, Always-listening’. Ia dipercayai akan mula diperkenalkan pada penghujung tahun 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend