Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan Comments Off on Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Dalam satu acara Qualcomm AI Day 2019 yang berlangsung di San Francisco, Qualcomm telah mengumumkan kehadiran tiga cipset kelas pertengahannya yang terbaharu iaitu Snapdragon 730, Snapdragon 730G, dan juga Snapdragon 665.

Snapdragon 730/730G

Snapdragon 730/730G yang merupakan cipset yang telah ditambahbaik berbanding Snapdragon 710 (10nm FinFET) kerana dibangunkan berasaskan proses 8nm FinFET yang pertama diperkenalkan oleh Qualcomm. Snapdragon 730/730G masih menyokong lapan teras (2 teras prestasi + 6 teras kecekapan) dengan kelajuan maksimum 2.2GHz, tetapi kini dikuasakan oleh Kryo 470 menggantikan Kryo 360.

Malah Snapdragon 730/730G juga telah diintegrasikan dengan Spectra 350 ISP yang menyokong ciri AI hampir setanding dengan Spectra 380 ISP yang digunakan pada Snapdragon 855. Bahkan ia juga merupakan Snapdragon siri 7 yang pertama dilengkapi CV-ISP bagi memastikan penjimatan kuasa sehingga 4x, dan dalam masa yang sama menyokong fungsi depth sensing pada 60 fps, dan rakaman video 4K HDR dengan efek bokeh masa-nyata.

Selain itu kedua-dua cipset ini juga menyokong piawaian WiFi 6 (WiFi 802.11ax), teknologi pemampatan audio Bluetooth pintar aptX adaptive, pengecaman suara yang lebih tepat, dan dalam masa yang sama menjanjikan 35% penambahbaikan prestasi dan juga 20% lebih efisien tenaga berbanding Snapdragon 710.

Snapdragon 730G

Apa yang lebih istimewanya, Snapdragon 730G telah dibangunkan khusus untuk aspek ‘gaming’ untuk peranti kelas pertengahan, dengan keupayaan grafik 15% lebih baik berbanding Snapdragon 730. Ini secara tidak langsung membolehkan cipset ini untuk menyokong paparan beresolusi QHD+.

Malah beberapa fungsi Snapdragon Elite Gaming pada Snapdragon 855 turut diperkenalkan pada Snapdragon 730G, ini termasuklah WiFi Latency Manager, Jank Reducer, dan juga Anti-Cheating Extensions. Bahkan dengan sokongan overclocked GPU turut membantu dalam memastikan pengalaman gaming terbaik.

Dari segi rakaman video pula, Snapdragon 730G turut tersedia dengan ciri rakaman Cinemagraphs dan juga rakaman video gerak perlahan [email protected]

Snapdragon 665

Cipset Snapdragon 665 pula merupakan versi peningkatan untuk Snapdragon 660 (14nm FinFET) yang mana telah dibangunkan berasaskan teknologi proses 11nm FinFET. Dari segi sokongan spesifikasi, Snapdragon 665 tidak menerima penambahbaikan yang drastik, tetapi ia menjanjikan prestasi dan juga penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Apa yang pasti, penggunaan Snapdragon 665 sudah tentunya akan mendapat perhatian pengeluar peranti kelas pertengahan sebagaimana yang dapat dilihat pada Snapdragon 660 sebelum ini.

Baca juga:

Qualcomm Perkenal SoC Siri QCS400 Khusus Untuk Digunakan Pada Speaker dan Soundbar Pintar

Qualcomm Akan Memperkenalkan Rakaman Video HDR10+ Pada Snapdragon 865

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend