Qualcomm Lancar Snapdragon 215 Dengan Sokongan CPU 64-bit, Cortex-A53 Dan Dwi Kamera Comments Off on Qualcomm Lancar Snapdragon 215 Dengan Sokongan CPU 64-bit, Cortex-A53 Dan Dwi Kamera

Qualcomm sebelum ini telahpun memperkenalkan cipset 8nm pertamanya untuk peranti kelas pertengahan dengan penawaran Snapdragon 730/730G, dan juga cipset 14nm dengan Snapdragon 665 pada April yang lepas.

Ternyata Qualcomm yang sememangnya terkenal dengan penawaran cipset berprestasi tinggi, masih tidak mengabaikan cipset yang akan digunakan pada peranti kelas permulaan dengan pelancaran Snapdragon 215. Berbeza dengan cipset Snapdragon siri 2 sebelum ini, Snapdragon 215 merupakan cipset pertama menyokong cpu 64-bit yang mampu menjanjikan prestasi CPU lebih berkuasa.

Menariknya, Snapdragon 215 bakal menyaksikan sokongan dwi kamera pada peranti kelas permulaan pada masa akan datang. Menurut Qualcomm, sokongan dwi ISP pada cipset ini membolehkannya untuk menyokong konfigurasi kamera 13MP untuk kamera tunggal, ataupun 8MP untuk dwi kamera dengan sokongan zum optikal ataupun sensor kedalaman (depth sensor).

Snapdragon 215 yang menyokong proses 28nm ini tersedia dengan empat teras daripada Cortex-A53 pada kelajuan 1.3GHz, dan ia dikatakan mampu menjanjikan kepantasan sehingga 50% berbanding empat teras Cortex-A7 pada Snapdragon 212 sebelum ini. Menariknya, sokongan CPU 64-bit pada cipset ini turut membolehkan peranti bajet itu menyokong platform Android One.

Baca juga:

Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend