Qualcomm Dedahkan Antena mmWave 5G Untuk Telefon Pintar Bermula Tahun 2019 Nanti Comments Off on Qualcomm Dedahkan Antena mmWave 5G Untuk Telefon Pintar Bermula Tahun 2019 Nanti

Selepas beberapa tahun mendedahkan dan membuat demonstrasi berhubung rangkaian 5G, akhirnya rangkaian tanpa wayar gigabit yang pertama itu akan mula beroperasi pada penghujung tahun ini. Malah lebih banyak peranti dan liputan rangkaian 5G akan diperkenalkan menjelang awal tahun 2019 nanti.

Bagi membolehkan telefon pintar boleh menyokong rangkaian 5G, Qualcomm kini telah memperkenalkan antena mmWave 5G untuk diintegrasikan dengan modem X50 5G yang telah diperkenalkan sebelum ini bagi memastikan telefon pintar dapat menerima isyarat 5G. Berbeza dengan rangkaian LTE yang beroperasi sekitar 600MHz hingga 2.5GHz, rangkaian 5G akan beroperasi pada frekuensi 30GHz hingga 300GHz.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend