Qualcomm Bakal Perkenalkan Snapdragon 865 Pada Awal Bulan Disember Ini Comments Off on Qualcomm Bakal Perkenalkan Snapdragon 865 Pada Awal Bulan Disember Ini 282

Qualcomm telah menyusun aktiviti seterusnya dengan mengadakan satu acara dipanggil Tech Summit 2019 pada 3 hingga 5 Disember ini di Maui, Hawaii. Antara pengumuman yang akan dilakukan adalah memperkenalkan cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 865 di acara tersebut.

Maklumat belum rasmi memaklumkan Snapdragon 865 dipercayai menggunakan teknologi 7nm dari Samsung dan bukan TSMC. Dua varian dijangka akan dikeluarkan ialah LTE dan satu lagi dengan modem 5G Snapdragon X55.

Kilang Samsung di Hwaseong, Korea Selatan

Perbezaan antara pemproses 7nm EUV yang digunakan pada Snapdragon 865 dan 7nm FinFET daripada TSMC adalah SoC terbaru menjanjikan penjimatan tenaga sebanyak 15 hingga 20 peratus.

Pengeluar Korea Selatan ini juga dilaporkan sudah selesai membangunkan pemproses yang lebih pantas, 5nm dari kilang mereka. Dikatakan, Samsung bakal melancarkan produksi sebenar tetapi sebelum itu mereka perlu menaik taraf barisan pengeluaran di kilang Hwaseong, Korea Selatan yang mana dijadualkan siap pada penghujung tahun ini.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend