Qualcomm Akan Memperkenalkan Rakaman Video HDR10+ Pada Snapdragon 865 1 257

Sebagaimana yang kita ketahui, siri Samsung Galaxy S10 dengan sokongan panel skrin Dynamic AMOLED telah diiktiraf sebagai telefon pintar pertama di dunia menerima pengiktirafan HDR10+.

Nampaknya Qualcomm sendiri telah dilaporkan sedang membangunkan implementasi rakaman video HDR10+ pada cipset Snapdragon 865 nanti. Menurut Judd Heape selaku Pengarah Senior Bahagian Pengurusan Produk Qualcomm turut berkongsi bahawa proses rakaman video HDR10+ itu akan menggunakan metadata frame-by-frame dan scene-by-scene.

Beliau turut mengesahkan implementasi rakaman video HDR10+ itu pada Snapdragon 865 yang akan diumumkan pada hujung tahun ini. Namun begitu, buat masa ini pihak Qualcomm masih belum membuat sebarang keputusan akhir nama cipset yang akan dilancarkan awal tahun 2020 itu nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend