Pulau Pinang Jadi Negeri Pertama Di Malaysia Perkenal Projek Pengecaman Wajah Menerusi CCTV Comments Off on Pulau Pinang Jadi Negeri Pertama Di Malaysia Perkenal Projek Pengecaman Wajah Menerusi CCTV

Selepas membuat pengumuman untuk menggunakan teknologi pengecaman wajah dengan tujuan untuk menjejaki penjenayah di Pulau Pinang, akhirnya projek pengecaman wajah menerusi CCTV (kamera litar tertutup) itu telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini. Majlis pelancaran ini secara tidak langsung menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia yang tampil dengan teknologi tersebut.

Sistem kamera berteknologi tinggi ini dilaporkan akan beroperasi di tempat awam bagi membolehkannya untuk mengenal pasti wajah setiap individu, dan sistem pengkomputeran akan menyemak rekod jenayah individu terbabit secara automatik. Apabila sistem berjaya mengesan penjenayah yang dikehendaki, amaran segera akan terus dihantar ke pihak polis.

Projek teknologi pengecaman wajah menerusi CCTV ini turut mendapat kerjasama bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Majlis Daerah Seberang Perai.

Kredit gambar: Bernama

Baca juga:

Polis London Menguji Sistem Pengecaman Wajah Secara Langsung

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend