PUBG Tidak Lagi Boleh Dimainkan Di Nepal Comments Off on PUBG Tidak Lagi Boleh Dimainkan Di Nepal 605

Berita terkini yang diterima dari banjaran Himalaya melaporkan PUBG kini telah diharamkan di Nepal. Langkah ini diambil oleh kerajaan di negara tersebut bagi membendung ketagihan kanak-kanak dan remaja Nepal daripada terus lalai dengan permainan berkonsepkan ‘Battle Royale’ paling popular di dunia ini.

Keputusan mengharamkan permainan ini telah dibuat sejurus Mahkamah Kathmandu mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa, Bahagian Jenayah Metropolitan Nepal untuk dilanjutkan kepada Bahagian Telekomunikasi Nepal. Ini menjadikan akses ke PUBG akan disekat melalui ISP dan pengendali telekomunikasi dengan serta merta.

Golongan ibu bapa di Nepal juga menyatakan kebimbangan mereka terhadap anak-anak yang tidak mengulang kaji dan tidak mampu fokus terhadap pelajaran gara-gara permainan ini. Rata-rata beranggapan ia mengundang sikap agresif kepada kanak-kanak pada masa sama penggunaan bahasa dalam percakapan yang tidak sesuai.

Pihak berkuasa Nepal juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya akses ke permainan ini masih diteruskan. Sementara di India pula, pengguna telefon pintar di beberapa negeri tidak dapat mengakses permainan ini atas alasan yang sama.

Jadi, bagi pengguna di Malaysia anda tidak perlu risau kerana Menteri Belia dan Sukan Malaysia menganggap PUBG salah satu daripada eSukan yang patut diteruskan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend