PUBG Mobile Terima Kemas Kini Versi 0.10.5 Dengan Membawakan Royale Pass Season 5 Dan Senjata Baru MK47 Mutant Comments Off on PUBG Mobile Terima Kemas Kini Versi 0.10.5 Dengan Membawakan Royale Pass Season 5 Dan Senjata Baru MK47 Mutant

Tencent Games telah mengumumkan ketersediaan kemas kini baharu untuk permainan popular PUBG Mobile iaitu versi 0.10.5 bermula hari ini secara berperingkat-peringkat. Melalui kemas kini tersebut, ia telah membawakan Royale Pass Season 5 yang lengkap dengan pakaian premium baharu dan juga emotikon mengejek.

Lebih istimewanya, pemain juga kini boleh mencuba senjata baharu iaitu MK47 Mutant yang diklasifikasikan sebagai AR dengan sokongan dua mod tembakan iaitu single dan burst. MK47 Mutant boleh dijumpai di dalam peta Erangel, Miramar dan juga Sanhok buat masa ini.

MK47 Mutant

Selain daripada itu, kemas kini ini turut hadir dengan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan seperti mengembalikan semula suara ‘Classic’ yang boleh ditemui di dalam tetapan, keupayaan untuk mengaktifkan atau menutup pengumuman Spawn Island, perubahan pada antaramuka kedai dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend