PUBG Mobile Tawar Peta Erangel Waktu Malam, Senjata Dan Kenderaan Baharu Comments Off on PUBG Mobile Tawar Peta Erangel Waktu Malam, Senjata Dan Kenderaan Baharu

Hari ini Tencent Mobile mengeluarkan kemas kini versi 0.9.0 kepada para pemain PUBG Mobile, menawarkan sejumlah ciri terbaru antaranya pertempuran malam untuk peta Erangel bersama cermin mata Night Vision, senapang QBU DMR (5.56mm) dan trak pikap Rony untuk peta Sanhok.

Bersempena sambutan Halloween, pemain juga boleh menggunakan senapang Hellfire – AKM untuk membunuh musuh sekaligus menjadikan mayat musuh kepada patung orang-orang. Selain daripada itu, ciri “Share for Deal” pula membolehkan para pemain meminta rakan permainan membuat tawar-menawar malah boleh mendapatkan barangan tersebut sehingga percuma.

Versi terkini ini juga telah membaiki pepijat dalam permainan, isu skrin kabur, isu permainan rosak, serta pada masa sama padanan perlawanan kini dipertingkatkan. Anda boleh memuat turun kemas kini terbaru PUBG Mobile di Google Play Store dan Apple App Store bermula hari ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend