PUBG Mobile Tambah Peta, Senjata, Dan Beberapa Ciri Terbaharu Comments Off on PUBG Mobile Tambah Peta, Senjata, Dan Beberapa Ciri Terbaharu

PUBG Mobile merupakan permainan mudah alih yang menjadi fenomena di masa kini selepas ia diperkenalkan di komputer pada tahun lalu. Selepas peta Miramar diperkenalkan bulan Mei yang lalu, kini pihak pembangun menambah satu lagi peta di dalam permainan ini dinamakan Sanhok – menjadikan tiga peta sedia untuk dimain.

Dalam kemas kini 0.8.0, para pemain kini boleh menggunakan raifal terbaharu QBZ (5.56mm), kereta masel empat tempat duduk (dua jenis), dan kenderaan kalis peluru UAZ. Tambahan lagi, pemain kini boleh mengehadkan kutipan (pick-up) untuk peluru yang disimpan di dalam beg galas di ruang tetapan sebelum bermain.

Latar belakang telah diubah
Tiada lagi pick-up barang yang berlebihan

Sementara untuk klan pula, pemain kini boleh berkongsi hadiah yang diterima (clan perks) kepada rakan klan yang lain selain permainan ini juga akan memaparkan kedudukan klan terkini mengikut paling aktif setiap minggu dan setiap musim. Bagi yang sering mengejar bekalan udara, kini kotak biru dan merah tersebut telah ditala semula untuk senjata dan peralatan yang lebih baik.

Kepada pemain yang sudah meninggalkan permainan PUBG Mobile, melalui kemas kini ini kami pasti anda akan berasa teruja kembali. Kemas kini terbaharu telah dilepaskan untuk peranti iOS dan Android bermula hari ini.

PUBG Mobile: App Store

PUBG Mobile: Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend