PUBG Mobile Menawarkan Peta Baharu ‘Miramar’ Dengan Saiz Kemas Kini Melebihi 700MB Comments Off on PUBG Mobile Menawarkan Peta Baharu ‘Miramar’ Dengan Saiz Kemas Kini Melebihi 700MB

Pada 11 Mei yang lalu, pembangun permainan PUBG Mobile telah berkongsi imej yang memperlihatkan kemunculan peta baharu iaitu ‘Miramar’ melalui akaun rasmi Twitter milik mereka. Selepas beberapa hari ia dikongsikan kepada peminat permainan ini, kemas kini terbaru untuk permainan ini sudahpun boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS.

Dengan saiz kemas kini yang sangat besar iaitu melebihi 700MB, PUBG Mobile versi 0.5.0 ini bukan sahaja membolehkan pemain memilih peta ‘Miramar’ yang berlatar belakangkan gurun, tetapi ia juga turut didatangkan dengan senjata dan juga kenderaan terbaru. Kemas kini terbaru ini secara tidak langsung menandakan bermulanya¬†Season 2¬†untuk permainan ini.

Muat turun PUBG Mobile:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend