PUBG Mobile Lite Lebih ‘Ngam’ Di Peranti Berspesifikasi Biasa Comments Off on PUBG Mobile Lite Lebih ‘Ngam’ Di Peranti Berspesifikasi Biasa

PUBG Mobile yang semakin menenggelamkan nama Mobile Legends kini dilihat memperluaskan pasaran permainan mudah alih mereka apabila Tencent melancarkan PUBG Mobile Lite khusus untuk peranti dengan sistem grafik rendah.

PUBG Mobile Lite yang dibangunkan untuk peranti dengan kapasiti RAM rendah juga mengehadkan para pemain untuk berada di medan perang kepada 40 orang berbanding versi asal sehingga 100 orang sekaligus memendekkan tempoh masa permainan. Walaupun hadir dengan versi Lite, pemain juga dapat menikmati efek bunyi berkualiti tinggi selain mengekalkan corak dan konsep permainan asal.

Buat masa ini, PUBG Mobile Lite ditawarkan di Google Play Store Filipina dan mungkin akan diperluaskan ke negara-negara serantau termasuklah Malaysia. Jadi, bagi pengguna telefon pintar berspesifikasi rendah anda diharapkan bersabar dan terus bersabar.. hehe

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend